Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Wanita 21 Tahun Maut Disyaki Akibat Didera

30 Mac 2016
ANGGOTA polis menahan seorang lelaki berusia 43 tahun untuk membantu siasatan. - Foto Sharul Hafiz Zam

JITRA, 30 Mac: Seorang wanita berusia 21 tahun meninggal dunia petang tadi dipercayai akibat didera secara fizikal berikutan penemuan pelbagai kesan lebam di muka dan badan.

Mangsa, Nurul Syahiran Ishak dipercayai meninggal dunia kira-kira 3 petang ketika mangsa dikejarkan ke Hospital Jitra di sini dengan ambulans.

Laporan Harian Metro melaporkan, berdasarkan maklumat, mangsa dikatakan tinggal di sebuah homestay di Taman Gemilang di sini bersama sepasang suami isteri dan anak mereka yang berusia lima bulan.

Jurucakap polis mengesahkan seorang lelaki berusia 43 tahun yang juga suami kepada seorang doktor di tahan kira-kira jam 8 malam tadi untuk membantu siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya mengesahkan menerima laporan mengenai kematian mangsa dan kini pihaknya masih menunggu laporan lengkap berhubung kejadian. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "