Indonesia: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad kelihatan sebak ketika ditemu bual dalam rancangan bual bicara 'Satu Jam Lebih Dekat' terbitan TV One Indonesia.
Beliau sebak sebaik sahaja ditanya mengenai keakraban hubungan beliau bersama bekas Presiden Indoensia, Suharto sewaktu memegang jawatan nombor satu negara pada satu ketiga dahulu.
"Bukan sahaja (hubungan) pemimpin sebuah negara, tetapi sahabat.
"Hubungannya personal, saya anggap dia (Suharto) sebagai abang," kata Dr Mahathir yang kelihatan sebak.
Perkara ini jarang sekali berlaku kepada Dr. Mahathir ketika dalam wawancara ataupun temubual.
Selain itu, Dr. Mahathir juga berkata setiap manusia harus menerima hakikat bahawa tiada apa yang kekal di dalam dunia ini.
"Kita semua akan pergi, akhirnya.
"Walau seberapa tinggi, ke situ juga. Satu hari nanti, masa saya. Kita terimalah," kata Dr Mahathir sebagaimana lapor Astro Awani.
Temubual selama 30 minit oleh TV One Indonesia itu dimuat naik di laman Youtube. - Siakapkeli.my
dulu semasa dlm zaman tun kalau org tanya whr ar u from? dengan bangga ckp i'm from malaysia. tapi skrg sebut shj malaysia mcm2 dh org dunia berkata
BalasPadamPermata negara yg tiada gantinya... semoga Allah swt sentiasa kurniakan hanya yg terbaik buat insan istimewa bernama Tun Dr.Mahathir Bin Mohammad insyaallah amin.
BalasPadam