KUALA LUMPUR: Tindakan seorang ahli Parlimen iaitu YB Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad yang hadir ke parlimen dengan menunggang motor kuasa besar telah menarik perhatian pihak media.
Memetik laporan SuaraTV, beliau dengan gaya bersahaja dilihat menunggang motor milik rakannya itu kerana dikatakan ingin melepaskan ‘gian’ setelah sekian lama meninggalkan hobi tersebut.
“Ia berlaku secara tak sengaja sebab itu motor kawan saya, saya sangat suka dengan aktiviti menunggang motorsikal dan pernah menyertai beberapa konvoi motosikal kuasa besar suatu ketika dahulu."
“Saya dah lama memiliki lesen B dan dulu masa mewakili Puteri (Umno) saya pernah ikut konvoi Datuk Seri Zahid Hamidi sebab dulu saya ada motor sendiri tapi sekarang tinggal helmet sahaja.
“Sebab (sebagai) orang kampung memang (kami) selalu bawa motor, cuma saya kecil-kecil dahulu hanya mampu naik Vespa dan sejak usia 16 tahun (saya) sudah dapat lesen pertama,” katanya lagi.
Bagaimanapun menurutnya, sudah hampir setahun dia tidak menunggang motor yang menjadi rutin dan hobinya sebelum ini. - Siakapkeli.my