Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tergamak Bagi Alasan Isteri Mental

26 Mac 2016
No Comment


ALOR SETAR - Kerana ingin berkahwin lain, seorang lelaki tergamak memberi alasan kononnya isterinya sakit mental bagi membolehkan dia berpoligami secara rahsia dengan seorang wanita yang menetap di Kuala Nerang.

Bagaimanapun, rahsia lelaki tersebut diketahui isteri pertamanya selepas beberapa bulan dia melangsungkan pernikahan dengan isteri keduanya yang kononnya dilangsungkan di Thailand.

Aminah (bukan nama sebenar), 43, berkata pada awalnya suaminya itu hanya mengenali wanita berusia 30-an itu sebagai rakan perniagaan. Namun tidak lama selepas itu mereka bernikah tanpa pengetahuan melalui sebuah sindiket.

Saya tak halang dia nak kahwin lagi, tetapi saya tahu dia tak mampu, sebab dia banyak bergantung (perbelanjaan) kepada saya dan keluarga. Saya dapat tahu mereka berkahwin di negara jiran pada 2011 tetapi saya reda kerana mereka sah berkahwin,” katanya.

Namun setelah Aminah membuat semakan di pejabat agama mengenai perkahwinan itu, dia ternyata kecewa.

Saya dapati suami tidak berkahwin di negara jiran, sebaliknya bernikah di Alor Setar. Saya amat terkejut. Bagaimana dia boleh berpoligami di Malaysia tanpa pengetahuan saya, sedangkan saya masih isteri dia dan waras,” katanya.

Aminah yang curiga dengan situasi itu pergi merujuk ke Pejabat Agama Daerah Kota Setar untuk membuat semakan kali kedua dan disahkan sijil pernikahan suaminya palsu.

Pendedahan itu menyebabkan  suaminya bertikan lidah dengan madunya yang tidak berpuas hati dengan penggunaan sindiket berkenaan.

Suami mengakui dia melakukan akad nikah di sebuah bilik hotel mewah di pusat bandar dan mengenali individu yang melakukan sindiket itu. Dia pernah tunjuk pada saya gambar pernikahan mereka. Pada sijil nikah tertulis belanja RM7,000 dan mas kahwin RM80,” katanya.

Menurut Aminah lagi, individu yang menikahkan pasangan poligami itu mungkin seorang imam masjid berdekatan.

Setelah tiga tahun berlalu, saya masih belum dapat penjelasan daripada pihak berkenaan tentang status perkahwinan mereka kerana tiada surat sama ada pernikahan itu sah atau tidak,” katanya.

Kata Aminah juga, suami dan madunya itu berpisah dua tahun lalu akibat perselisihan faham disebabkan penglibatan sindiket tersebut yang memmbuatkan status perkahwinan poligami mereka seolah-olah tergantung dan tiada penjelasan dari segi hukum syarak.

“Perkara ini tidak boleh dipandang ringan kerana melibatkan hal agama,” katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "