KUALA LUMPUR: Berikutakn tindakan Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said semalam yang telah mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Azalina Othman Said telah menyifatkan Bekas Menteri Besar Terengganu itu sebagai 'gila talak'.
Azalina menyatakan demikian kerana katanya bekas menteri besar itu akan melakukan apa sahaja untuk menyandang jawatan itu semula.
"Semua orang tahu Ahmad itu gila talak. Dia akan cuba sampai dia dapat. Tetapi itu hak dia sebagai Adun," katanya kepada Bernama.
Semalam, persidangan Dun Terenggani menjadi panas apabila secara tiba-tiba Ahmad Said menyusulkan undi tidak percaya kepada Ahmad Razif, namun speaker Dun Datuk Mohd Zubir Embong menolak cadangan usul itu.
"Apabila speaker tolak, dia (Ahmad) akan kata speaker jahat dan sebagainya.
"Dulu jadi MB (menteri besar), memanglah dia gila talak, dia akan buat segala-galanya untuk jadi MB," kata Azalina yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Azalina dalam pada itu menyelar tindakan Ahmad Said mempersoalkan tindakan speaker yang menolak usul cadangannya itu.
"Sekarang ini ia tidak majoriti, jadi bagaimana usul dia (Ahmad) nak berjaya, jadi bagi saya hak dia nak masukkan usul tu dia boleh masukkan 100 kali pun, tapi ia akan ditolak," katanya. - Siakapkeli.my