Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kos Jaga Kucing Mengalahkan Kos Jaga Seorang Anak

18 Mac 2016
No Comment

Shah Alam: “Bukanlah pelik apabila kos memelihara kucing mampu menandingi kos penjagaan seorang anak,” kata peminat kucing, Faridatul Hafizah Abd Rahim, 31 kepada Harian Metro.

Menurutnya, minat dan sayang kepada haiwan berkenaan menyebabkan dia dan suami, Mohd Nor Firdauz Abd Rashid, 38, membeli Jojo iaiaut kucing peliharaan mereka baka tempatan berbulu panjang dengan harga RM1,800 sejak beberapa tahun.

"Saya tidak kisah jika terpaksa mengeluarkan wang sehingga mencecah ribuan ringgit bagi memastikan Jojo bersama 12 lagi kucing peliharaan saya berada dalam keadaan sihat."

“Bayangkan jika kucing sakit, kos rawatan boleh mencecah hingga ribuan ringgit termasuk makanan, barangan penjagaan seperti syampu dan sebagainya untuk memastikan mereka sihat.

“Walaupun kos membela 13 kucing mencecah RM850 sebulan, namun itu bukan penghalang kepada kami untuk memastikan keperluan haiwan itu terjaga,” katanya yang mempunyai tiga cahaya mata.

Pasangan berkenaan yang menetap di Sungai Besi adalah antara peminat kucing yang ditemui pada Pameran Kucing UNISEL 2016 anjuran Universiti Selangor (UNISEL) yang menghimpunkan lebih 500 peminat kucing seluruh negara.

Kucing perliharaannya, Jojo berjaya menrangkul tempat pertama kategori ‘pedigree’ dalam pertandingan tersebut dengan membawa pulang hadiah piala, barangan makanan serta aksesori haiwan terbabit.

“Kami berdua memang meminati kucing sejak kecil lagi. Mulanya kami anggap membela kucing sebagai hobi, tak sangka akan sampai ke tahap boleh memenangi pertandingan,” katanya. - Siakapkeli.my








Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "