Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Februari 2016 Paling Panas Sejak 1880

18 Mac 2016


MIAMI: Rekod dari Pentadbiran Atmosfera dan Lautan Nasional (NOAA) menunjukkan bahawa Februari 2016 merupakan bulan paling panas di seantero dunia sejak 1880 an.

Bulan terbabit dilaporkan mencatat "suhu tertinggi daripada 1,646 bulan dalam rekod" dengan suhu purata 1.21 darjah Celcius lebih tinggi pada suhu perata abad ke-20.

"Suhu purata global di darat dan permukaan lautan untuk Februari 2016 adalah yang tertinggi bagi bulan Februari dalam rekod data suhu global NOAA, dicatat sejak tahun 1880 an," kata NOAA dalam kenyataannya.

Menurut saintis kerajaan Amerika Syarikat rekod terbaru itu berpunca dari akibat perubahan suhu buatan manusia dan pembakaran bahan api fosil yang mengeluarkan gas rumah hijau ke atmosfera. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "