Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kisah Tesco Bukit Mertajam Beri Kerja kepada Pencuri Raih Perhatian Dunia

17 Mac 2016


Bukit Mertajam, 17 Mac - Kisah Tesco Bukit Mertajam yang memberikan kerja kepada seorang lelaki yang ditangkap kerana mencuri kini telah menjadi perhatian dunia.

Beberapa portal telah memuat naik kisah itu dan diletakkan di muka hadapan portal mereka.

Portal Metro.co.uk telah menulis mengenai kisah itu dengan artikel bertajuk : Tesco beri pekerjaan kepada lelaki yang mencuri untuk memberi makan kepada keluarga.

Di portal Independent.co.uk pula, tertera artikel dengan tajuk yang sama.

Selain dari dua portal itu, kisah lelaki berkenaan juga turut dikongsi di Mirror.co.uk dan International Business Time (IBT) Uk.

Kisah yang sama turut dikongsi di portal AOLher.ie dan HRM New Zealand.

Baru-baru ini, kisah Tesco memberi pekerjaan kepada seorang pencuri menjadi viral di Malaysia. Difahamkan, lelaki tersebut terpaksa mencuri untuk memberi makan kepada 3 orang anaknya selain terpaksa menjaga isterinya yang sakit.

Pihak pengurusan Tesco Bukit Mertajam yang tersentuh dengan apa yang perlu dilalui oleh lelaki terbabit memberi kerja kepada lelaki itu dan tidak melaporkan jenayah yang dilakukan. - Siakapkeli.my




Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "