Keratan gambar iklan yang dikecam netizen. |
Syarikat penerbangan Firefly Airlines hari ini memohon maaf secara terbuka berikutan iklan syarikat itu yang mendapat perhatian ramai baru-baru ini.
Netizens menyifatkan gambar iklan itu mengandungi unsur seksis kerana menggunakan bahagian tubuh wanita untuk mempromosikan diskaun tambang penerbangannya.
“Kami menyesal iklan kami baru-baru ini telah menimbulkan rasa tidak selesa bagi sesetengah pihak dan kami memohon maaf,” jelas Firefly menerusii laman Facebook rasminya
Firefly memuat naik gambar iklan itu pada Jumaat lalu namun ianya telah dipadam dari semua laman media sosial firefly. - Siakapkeli.my