Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Gambar Hina PM : Nurul Izzah Dipanggil Polis

7 Mac 2016


PETALING JAYA: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar telah dipanggil oleh polis hari ini susulan gambar yang dimuat naik dalam akaun Instagramnya yang didakwa menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Amar Singh Ishar Singh, Nurul Izzah dipanggil memberi kenyataan di IPD Petaling Jaya di sini hari ini.

"Nurul Izzah disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia," katanya sebagaimana lapor Bernama.

Nurul Izzah ketika ditemui di perkarangan IPD itu berkata dia dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung gambar tersebut yang dimuat naik melalui akaun instagramnya sebulan lepas. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "