Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Zamihan Terima Notis 24 Jam Pertukaran Ke JAKIM

17 Feb 2016
No Comment

SHAH ALAM: Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat Zin dilaporkan telah menerima notis pertukaran ke Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkuatkuasa 24 jam.

Menurut beliau, pertukaran berkenaan diterimanya pada semalam dan merasakan notis pertukaran itu adalah berhubung kait dengan isu kontroversi debat antara beliau dan Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin.

"Ya betul, saya akan ditukarkan dan perlu lapor diri pada Khamis ini.

"Jakim sudah keluarkan surat kepada saya, arah bertukar 24 jam ke Jakim‎," katanya kepada Sinar Online.

Ketika ini Zamihan sedang bertugas di Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam di Kementerian Dalam Negeri (KDN)‎.

Dalam pada itu, katanya lagi dia akan meminta pandangan daripada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkenaan pertukaran ini.

"Saya tak akan buat rayuan ini, ia ada kaitan plot nak tukarkan saya.

"Saya nak tanya Datuk Seri (Ahmad) Zahid  macam mana kalau dia masih perlukan saya di sini (KDN)...kalau tidak saya angkat kaki dari perkhidmatan awam," katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "