Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Zamihan Minta Tunda Debat Dengan Dr Maza, Ada Urusan Lain

8 Feb 2016
No Comment

Adakah muzakarah antara Muftri Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin dengan Presiden Aswaja, Zamihan Mat Zin Rabu ini akan menjadi kenyataan apabila dikhabarkan Zamihan dilaporkan telah memberitahu pada tarikh yang ditetapkan itu beliau mempunyai tugasan lain.

Menurut Zamihan, pada hari berkenaan beliau telah ditugaskan lebih awal di Penjara Machang, Kelantan untuk memulihkan penjenayah tegar namun menurutnya beliau akan berbincang dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kasssim  bagi menetapkan tarikh sesuai dalam minggu ketiga bulan Februari.

“Saya tidak pernah gentar untuk berdepan dengan sesiapa pun. Saya janji akan mengemukakan bukti-bukti autentik tentang esktremisme fahaman wahabi, Insya-ALLAH,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Zamihan lagi, selain ada tugasan di Penjara Machang, tarikh debat berkenaan sebenarnya tidak mendapat persetujuan beliau terlebih dahulu.

“Shahidan tetapkan masa dan tarikh tanpa persetujuan saya, sebaliknya mereka terus viralkan di dalam media sosial. 

"Sehingga sekarang saya masih belum menerima surat jemputan bagi program itu,” katanya.


Zamihan dalam pada itu mempersoalkan mengenai format wacana berkenaan sehingga kini tidak pernah dibincangkan.

“Bagaimana nak hasilkan resolusi yang boleh dipatuhi bersama dan diterima pakai?” soalnya.

Jelasnya lagi, tiada penglibatan pihak berkuasa keselamatan dan agama juga merupakan antara faktor program tersebut tidak boleh diteruskan.

“Ini membelakangi pihak berkuasa tempatan,” katanya. - Siakapkeli.my


Zamihan Mat Zain Al Ghari Vs Prof Madya Dato Dr Mohd Asri
- Profesor Madya Dato Dr Asri [DRMAZA] menjawab dengan tenang mematahkan hujah zamihan al ghari ..Zamihan mudah menuduh orang yang berbeza dengannya sebagai wahabi..walhal wahabi masih dalam ahlus sunnah
Posted by Amalkan Sunnah on Monday, May 19, 2014
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "