Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Pelawak Atu Zero Tamatkan Zaman Bujang Dengan Gadis Pilihan Hatinya

8 Feb 2016
No Comment

BATU PAHAT: Anggota kumpulan lawak, Atu Zero hari inu telah menamatkan zaman bujangnya apabila sah bergelar suami kepada seorang pereka fesyen, Shafeeqa Johari, 30, sebagai teman hidup.

Memetik laporan Berita Harian, dengan hanya sekali lafaz, Atu, 24, atau nama sebenarnya, Sharid Kunal Doli Sharif, sah bergelar bergelar suami dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung jam 10 pagi di kediaman ibu bapa pengantin perempuan di Peserai, di sini.

Atu menyerahkan mas kahwain sebanyak RM1,000 dan menyarung sebentuk cincin serta seutas gelang emas kepada pengantin perempuan.

Beliau turut menyerakan wang hantaran sebanyak RM30,000 bersama tujuh dulang hantaran manakala dibalas sembila dulang oleh pihak perempuan.

Atu telah mendedahkan yang dia mengenali isterinya itu pada tahun 2015 lalu sebelum kumpulan Zero menjuarai Maharaja lawak Mega 2015.

Majlis persandingan kedua pengantin akan berlangsung di lokasi sama petang nanti manakala majlis bertandang di Sabah dijangka dibuat selepas rumah mereka yang sedang dibina disiapkan sepenuhnya. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "