Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Wanita Terpaksa Tahan Sakit, Lengan Tertusuk Besi Pagar Rumah

15 Feb 2016
No Comment


KANOWIT, 15 Feb - Seorang wanita terpaksa menahan kesakitan hampir sejam setelah lengan tangan kanan tertusuk besi pintu pagar rumahnya dalam kejadian yang berlaku di Lorong Engkabang, Kampung Muhibbah di sini hari ini.

Mangsa, Juliana Christie James, 29, dikatakan hendak membuka mangga pintu pagar itu dari luar rumah sebelum dia tergelincir lalu lengannya tertusuk besi sedalam kira-kira enam sentimeter.

Kejadian terbabit berlaku pada pukul 12.15 tengahhari tadi.

Menurut Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Farhan Sufyan Borhan, tujuh anggota dikerahkan ke lokasi kejadian apabila pihak mereka menerima panggilanpada pukul 12.34 tengahhari.

"Setibanya di lokasi, kami mendapati wanita berkenaan sedang menahan kesakitan akibat tertusuk besi pintu pagar berkenaan.

"Bomba terpaksa menggunakan alat pemotong khas untuk memotong besi berkenaan bagi membantu mangsa," katanya sebagaimana lapor Kosmo!



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "