Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tolak Anggota Polis Jatuh Dan Larikan Diri Dengan Tangan Bergari

1 Feb 2016
No Comment

KANGAR: Seorang lelaki sedang diburu oleh pihak polis selepas lelaki berkenaan dikatakan telah melarikan diri semasa sedang disoal siasat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar semalam atas tuduhan mencuri.

Kira-kira jam 12.15 tengah hari, lelaki tersebut yang dikenali sebagai V. Baskaran, 39, dari Pokok Sena, Kedah dilaporkan sedang disoal siasat oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah Kangar.

Ketika kejadian, dia telah didakwa mencuri dalam sebuah bangunan di Kangar tiga hari lepas dikatakan meminta anggota polis untuk membawanya ke bilik air.

Menurut pihak polis, sebaik tiba di tandas lelaki itu didakwa telah menolak anggota poliss ehingga terjatuh sebelum melarikan diri.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, DSP Zaini Talib mengesahkan kejadian itu dan berkata tangan lelaki itu masih bergari semasa melarikan diri ke kawasan bandar Kangar dengan berpakaian lokap.

Gerakan memburunya sedang dipergiatkan dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki itu diminta menghubungi IPD Kangar di talian 04-9082222 atau mana-mana balai polis. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "