Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tipu Harga Barang RM963 Jadi RM118, Jurujual Didenda RM2,300

16 Feb 2016
No Comment

KUALA LUMPUR - Seorang jurujual didenda RM2,300 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan menukar kod bar tanda harga bagi tiga barangan bagi menipu harga di pasar raya besar, Aeon Big di Wangsa Maju pada minggu lalu.

Jurujual berusia 34 tahun itu mengaku bersalah apabila pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Husna Dzulkifly.

Menurut pertuduhan yang dibacakan, jurujual terbabit didakwa menukar pelekat kod bar tanda harga bagi tiga barang iaitu pensteril botol susu elektronik dan dua unit pam susu elektrik berjenama Philip Avents.

Ketiga-tiga barang tersebut berharga RM963 namun setelah kod bar ditukar, jurujual terbabit hanya membayar RM118.80.

Sumber : www.kosmo.com.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "