Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Terpaksa Guna Khidmat Bomba Bawa Pesakit 250 KG ke Hospital

4 Feb 2016
No Comment


IPOH - Seorang wanita warga emas terpaksa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun dengan menggunakan khidmat Jabatan Bomba dan Penyelamat kerana mempunyai masalah obesiti.

Pesakit tersebut, yang berusia 60 tahun, mempunyai berat kira-kira 250 kg dan dibawa ke hospital dari rumahnya selepas mengalami sesak nafas.

Menurut Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai, Ali Hairi Sulaiman, pihaknya menerima panggilan dari pegawai perubatan hospital kira-kira 12.50 tengahhari untuk memindahkan Zubidah.

"Pesakit terlantar sakit di atas katil serta tidak dapat bergerak dihantar ke hospital dengan menggunakan sebuah kenderaan utiliti (lori) yang mempunyai kelengkapan untuk membawa pesakit obesiti itu," katanya sebagaimana lapor Bernama.

Menurut beliau juga, enam anggota yang terlibat di dalam tugasan itu dibantu oleh enam petugas hospital.

"Pesakit telah diberi rawatan awal oleh pegawai perubatan sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "