Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Surat Minta Ibu Bapa Hadir Mesyuarat PIBG Berbaju Pink : NUTP Minta Dr. Vida Tidak Ganggu Pengajaran Sekolah

16 Feb 2016

Kelantan, 16 Feb - Susulan satu surat yang tersebar meminta meminta agar ibu bapa hadir ke mesyuarat PIBG dengan berbaju pink, NUTP menggesa agar Dr. Vida tidak menggangu pengajaran sekolah.

Menurut presiden NUTP, Hashim Adnan, sekolah merupakan tempat untuk pelajar menimba ilmu dan tidak wajar ia digunakan sebagai tempat untuk mempromosi produk kesihatan.

"Saya mengharapkan agar guru besar sekolah itu tidak melebihi batas dengan menjalankan promosi barangan sewaktu aktiviti pembelajaran diadakan kerana saya khuatir mengganggu konsentrasi pelajar", katanya sebagaimana lapor Akhbar Kosmo bertarikh 16 Feb.

Beliau berkata sedemikian ketika diminta mengulas tentang surat terbabit.

Selain dari ajakan ke mesyuarat PIBG, surat terbabit turut meminta ibu bapa untuk mengajak rakan-rakan, jiran dan pasangan untuk memeriahkan promosi produk Qu Puteh keluaran Dr. Vida yang dijual pada harga Istimewa. - Siakapkeli.my

surat yang tersebar
suratan akhbar kosmo!

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "