Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Suami Isteri Ditahan Godam Touch n Go

29 Feb 2016


Petaling Jaya, 29 Feb: Sepasang suami isteri ditahan setelah dikesan menggodam kad tambah nilai Touch n Go dengan menambah nilai tanpa kebenaran sehingga maksimum RM1,500 pada 9.30 mama pada Isnin lalu.

Pasangan yang berusia 40-an itu ditahan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, komputer riba, kad tambah nilai, alat elektronik Smart Tag dan telefon bimbit dirampas setelah serbuan dibuat di rumah mereka.

"Mereka dikesan menggunakan perisian yang di muat turun menerusi rangkaian internet sebelum memindahkan aplikasi terbabit di dalam telefon bimbit untuk menggodam kad tambah nilai Touch n Go.

"Menerusi aplikasi berkenaan mereka melakukan tambah nilai tanpa kebenaran sehingga had maksimum RM1,500 tanpa kebenaran pihak Touch ‘n Go.

"Siasatan mendapati mereka menggunakan kad terbabit untuk bayaran tol dan membeli barangan di pasar raya yang membenarkan pengunaan kad Touch ‘n Go," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Menurut Zaini lagi, suspek direman selama empat hari sehingga 27 Februari lalu dan kini telah dibebaskan dengan jaminan polis bagi menunggu siasatan terhadap transaksi kad yang digunakan. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "