Siasatan 1MDB : Singapura Rampas Sejumlah Besar Akaun Bank - Lapor Reuters
Singapura, 1 Feb - Singapura pada Isnin berkata pihaknya telah merampas sejumlah besar akaun bank yang berkait dengan kemungkinan kesalahan pengubahan wang haram berikutan siasatannya terhadap syarikat 1MDB.
Lapor Reuters yang memetik dari satu kenyataan dari Pihak Berkuasa Kewangan Singapura dan Jabatan Ehwal Komersial berkata , negara itu kini sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa di Malaysia, Switzerland dan Amerika Syarikat di dalam siasatan 1MDB.
"Sehubungan dengan siasatan, kami sudah berusaha dan akan terus mendapatkan maklumat daripada beberapa institusi kewangan, mewawancara beberapa individu, dan merampas sejumlah besar akaun bank," kata kenyataan tersebut.
Kenyataan terbabit dibuat selepas ketua pendakwa raya Switzerland berkata siasatan ke atas 1MDB mendedahkan kira-kira $4 billion dipercayai telah disalahgunakan. - Siakapkeli.my