LOS ANGELES – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berikrar akan terus berusaha membina Malaysia lebih cemerlang.
Kata Najib, pentadbiranya sedang mengambil pelbagai langkah untuk meringankan beban rakyat ke arah satu cara yang cukup bermakna dalam mengukuhkan masa depan mereka.
“Kita mahu rakyat dari Perlis hingga ke Sabah merasakan Malaysia sebagai tempat yang hebat untuk didiami," kata Najib.
Najib berkata sedemikian dalam satu perjumpaan dengan kira-kira 300 dispora Malaysia termasuk golongan pelajar di kediaman rasmi Konsul-Besar Malaysia Raja Saifful Ridzuwan Raja Kamaruddin. pada Sabtu. - Siakapkeli.my