Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Hanya Orang Melayu Yang Bising Kerajaan Bawa Masuk Pekerja Asing," - Anak TPM

17 Feb 2016
6 ulasan

Hanya Melayu yang bising, bukan Melayu tidak persoalkan pun usaha kerjaan membawa masuk sejumlah besar pekerja asing ke Malaysia, itulah kata anak Timbalan Perdana Menteri, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid.

Beliau dalam pada itu berkata orang Melayu sewajarnya tidak merungut dengan kedatangan pekerja asing ke negara ini kerana kaum lain juga mampu berjaya hasil usaha gigih mereka sendiri.

“Kalau hendak bergaduh kamu tidak boleh cari makan di negara sendiri, saya tidak tahulah kepercayaan orang dari luar ini macam mana?

“Orang yang bising ini orang Islam. Ada dengar orang Cina komen? Tidak ada, bukan? Kenapa orang Cina boleh hidup di negara kita? Mereka kerja apa?

“Mereka berniaga kuey tiaw, buka bengkel, tidak bising pun. Kenapa orang Melayu bising? Kenapa orang India tidak bising? Sebab hati,” katanya dipetik laporan ProjekMMO malam tadi.

Ketua penerangan Majlis Belia Selangor berkata kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh sebenarnya tidak ahrus dijadikan isu, selagi pekerja asing terus dipandang negatif maka pelbagai persoalan lain yang tidak sepatutnya akan terus dibangkitkan.

“Dulu masa gadis Malaysia lari ke Lombok, marah kerajaan. Sekarang bawa buruh Bangladesh masuk, [buruh] Bangladesh salah.

“Habis, hendak bawa pekerja Korea? Hendak bawa pekerja Korea yang kacak itu bekerja dengan kita, boleh? Isu ini tidak akan selesai sebab hati,” katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 6 ulasan )
  1. Mohon cik puan ikon sila berjalan seorang diri di KL ditempat2 hotspot jejaka2 ensem tu. Jika rasa masih berada dinegara sendiri, jemput lg 15juta pn xpe

    BalasPadam
  2. Sbb dia ni xpnah hidup macam rakyat marhaen, pegy sana sini naik kenderaan mewah ada bodyguard silap2, ayah baru jadi TPM dah mula bersuara. meh sini hidup macam rakyat bawahan, pegy keje berhimpit2 naik pengangkutan awam, beli barang kat tempat biasa2 bukan d klcc, pavillion or the curve ke apa. baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah. xpun jadi buskers kat depan sogo tu mau kena raba atau x mcm kes sblum ni.

    BalasPadam
  3. Jgn lupa pendtg2 asing ni bukan dr well-developed country mcm malaysia... ad vaccination program mcm kita.. Mcm2 penyakit berjangkit yg boleh bawa maut dorg bawak... 1.5 juta bukan jumlah yg sikit.. org yg x berbunyi tu sbb die nak jaga duit poket sendiri memangla... x kira laa bangsa ape pun.. Nak satu malaysia kena penyakit baru nak sedar ke?

    BalasPadam
  4. Semua Kaur di malaysia tak setuju kemasukan Bangladesh kat malaysia la dia ni ashik mampi mat Bangladesh ko sebab tu

    BalasPadam
  5. Semua Kaur di malaysia tak setuju kemasukan Bangladesh kat malaysia la dia ni ashik mampi mat Bangladesh ko sebab tu

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "