Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Gadis Berhenti Sekolah Kerana Rambut Panjang

17 Feb 2016
No Comment


EDINBURGH, Scotland – Seorang pelajar sekolah berusia 15 tahun terpaksa berhenti sekolah kerana dia sering menjadi mangsa buli rakan-rakannya kerana rambutnya yang terlalu panjang.

Pelajar terbabit, Aaron Fernando berkata dia menjadi bahan ejekan rakannya kerana mempunyai rambut sepanjang 1.32 meter itu.

Keadaan itu menyebabkan ibu Aaron, Suzanne sanggup memberhentikan anaknya dari sekolah dan kini Aaron belajar di rumah dengan guru peribadi.

Dia sering menjadi mangsa buli di sekolah. Keadaannya bertambah teruk apabila Fernando berkurung di dalam bilik selain tidak mempunyai keyakinan diri. Ia menyebabkan saya mengambil keputusan untuk memberhentikannya daripada bersekolah,”kata Suzanne sebagai lapor Kosmo!.

Selain Aaron, ibu dan kakaknya juga mempunyai rambut yang panjang seperti Puteri Rapunzel di dalam cerita Frozen.

Suzanne tidak berhasrat memotong rambut anaknya itu kerana percaya ia merupakan pemberian tuhan yang luar biasa. - Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "