Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dimasukkan Dalam Kandang Untuk Mengawan Tapi Mati Dibaham Sang Jantan

13 Feb 2016
No Comment
SACRAMENTO, USA: Seekor harimau betina yang dimasukkan ke dalam kandang harimau jantan untuk proses mengawan mati dibaham.

Harimau Sumatra yang diberi nama Baha berumur 15 tahun itu tiba-tiba terus diserang oleh harimau jantan yang diberi nama Mohan sejurus dimasukkan ke dalam kandang.

Kejadian berkenaan mengejutkan ahli veterinar dan pihak zoo di mana mereka bergegas menyelamatkan Baha namun gagal.

Dalam pada itu, pihak zoo menafikan tuduhan orang ramai bahawa mereka tidak membuat perancangan dahulu sebelum memasukkan Baha bersama Mohan.

"Banyak perancangan telah dilakukan iaitu pengenalan fizikal pertama selain mempertimbangkan sejarah keberjayaan kedua-dua harimau tersebut dimana Baha dan Mohan mempunyai sejarah kejayaan mengawan yang baik." 

"Pada Disember 2015 Mohan dan Baha mula diperkenalkan dan mereka dilihat mesra anatara satu sama lain dan bersentuhan yang dipisahkan dengan penghadang besi," tegas pihak zoo bagi menjawab tuduhan orang ramai. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "