Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dede, Manusia Pokok Indonesia Meninggal Dunia

1 Feb 2016
No Comment

BANDUNG, Indonesia: Seorang lelaki yang digelar sebagai manusia akar kerana ditumbuhi ketuat yang banyak menyerupai akar pokok telah dilaporkan meninggal dunia di Hospital Hasan Sadikin (RSHS) di sini semalam.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak RSHS mengenai punca kematian Dede Koswara, 52, yang menderita penyakit ganjil epidermodisplasia veruciformis.

“Dia menghembuskan nafas terakhir pukul 3.30 pagi waktu tempatan,” kata jurucakap RSHS, Dr. Nurul Wulanshani.

Sebelum ini, pihak hospital telah pun membuang ketuat seberat 13.2 kilogram dari anggota badan Dede yang berasa daripada Kabupaten Bandung.

Ketuat seperti akar dan kulit pokok itu mula tumbuh di badan Dede ketika dia berumur 15 tahun selepas mengalami luka pada kakinya.


Dalam tempoh 10 tahun, ketuat itu semakin membesar sehingga memaksa Dede berhenti bekerja sebagai nelayan.

Disebalik penderitaannya itu, Dede terpaksa akur menjadi bahan pameran dengan menganggotai pertunjukan manusia pelik untuk mencari wang.

Seorang pakar kulit dari Universiti Maryland , Anthony Gaspari berkata, Dede dijangkiti sejenis virus, manakala sistem pertahanan tubuhnya gagal berfungsi.

Menurutnya, sistem pertahanan badan yang lemah menyebabkan ke­tuat yang berpunca daripada virus itu tumbuh dan membesar pada badan Dede. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "