Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Cikgu, Ada Budak Masuk Air," Adu Seorang Murid Kepada Guru

2 Feb 2016
No Comment

JASIN: Sebuah tragedi yang menyayat hati dengan tidak disangka telah menimpa seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun selepas beliau ditemui mati dipercayai terjatuh ke dalam lubang kumbahan najis dalam kawasan Sekolah Rendah Agama JAIM Parit Penghulu Benteng, Sungai Rambai, di sini, semalam.

Ketika kejadian, kanak-kanak tersebut dipercayai sedang bermain-main di kawasan empat lubang kumbahan najis berkenaan sedalam 3.6 meter ketika waktu rehat kira-kira 4.45 petang bersama rakan-rakannya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Merlimau, Penolong Penguasa Bomba Masri Ibrahim berkata, seramai lapan termasuk satu pegawai  bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan jam 4.53 petang dan sampai 18 minit kemudian.

“Sebaik sahaja sampai, kita dapati keempat-empat lubang kumbahan dihubungkan dalam satu tangki besar yang dipenuhi air najis sedalam kira-kira 12 kaki.

"Sebaik operasi menyedut air dilakukan, anggota bomba mula memasuki ke dalam tangki sebelum menemui mangsa tidak sampai seminit,” katanya dipetik laporan Sinar Harian.


Bagaimanapun menurut Masri, kanak-kanak itu disahkan sudah meningal dunia oleh pembantu perubatan Klinik Kesihatan Merlimau dan dibawa ke Hospital Muar untuk dibedah siasat.

Sementara itu, seorang wanita yang enggan dikenali berkata, kejadian diketahui semasa seorang murid memberitahu guru besar yang berada di kantin bersama guru dan murid lain.

“Murid tu kata: 'Cikgu, ada budak masuk air’. Bila ditanya lanjut murid tu beritahu budak berkenaan masuk dalam lubang kumbahan di belakang sekolah sebelum semua bergegas ke situ.

"Lubang ini sebelum ini ditutup dengan fiber (gentian kaca) dan kawasan ini tidak berpagar,” katanya ketika ditemui, di sini.


Ketua Polis Jasin, Deputi Superintendan Sampornak Ismail ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata kes diklafikasikan sebagai mati mengejut. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "