Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

'Benarkan Rakyat Hisap Ganja untuk Hilangkan Tekanan Kos Sara Hidup' - Syed Rosli

18 Feb 2016


KUALA LUMPUR, 18 Feb: Penolong Setiausaha Pemudah UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Bahagian Panda, Syed Rosli Jamlullail meminta agar kerajaan mempertimbangkan untuk membenarkan rakyat menggunakan ganja sekaligus meminda sebarang larangan undang-undang melibatkannya atau marijuana yang pernah dibuat sebelum ini.

Menurut beliau, ganja jelas tidak menjadikan individu agresif atau hilang pertimbangan seperti yang berlaku kepada mereka yang mengambil alkohol berlebihan.

"Saya sudah timbulkan isu ini sejak tahun lepas. Rokok serta vape membawa ancaman besar kepada kesihatan namun ganja terbukti memberi ketenangan dan boleh mengurangkan kes jenayah.

"Lihat sahaja seperti di Belanda, banyak penjara di sana ditutup kerana pesalah berkurangan kerana ganja dibenarkan.

"Jadi apa salahnya kerajaan benarkan sahaja ganja di negara ini. Banyak kajian membuktikan tekanan kos sara hidup boleh ditenangkan dengan ganja," katanya sebagaimana lapor Astro Awani.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Belia, Muhamad Ridhwan Muhamad Rosli mencadangkan agar kesalahan menghisap marijuana atau ganja dikaji semula kerana golongan muda tidak menganggapnya sebagai dadah.

Bagaimanapun, Ridhwan menegaskan dia tidak menyokong amalan menghisap ganja tetapi mahu ia dikawal selia.

Menurut beliau lagi, ganja hanya menyumbang sebanyak 8 peratus dari semua jenis ketagihan berbanding 60 pratus morfin dan 30 peratus heroin.

Cadangan itu turut mendapat reaksi dari Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Sementara itu, Syed Rosli turut berkata, cadangan Ahli Parlimen Belia serta Khairy dalam isu agnja harus diberi perhatian oleh kerajaan.

"Ambil pendekatan terbaik dan lihat contoh negara-negara yang membenarkan penggunaan ganja. Apakah impak kepada masyarakat mereka.

"Banyak contoh negara luar yang membenarkan ganja mencatat bilangan jenayah yang rendah, mungkin itu pertimbangan yang boleh diambil untuk membolehkan penggunaan ganja dibenarkan di negara ini," ujarnya. - Siakapkeli.my

'Hisap ganja untuk hilangkan tekanan kos sara hidup' - Syed RosliGanja telah difitnahkan sebagai dadah merbahaya....
Posted by Syed Rosli Jamalullail on Wednesday, 17 February 2016
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "