Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bekas Isteri Kedua Salih Yaacob Nafi Reunion Punca Mereka Bercerai

1 Feb 2016
No Comment

Jika sebelum ini, Salih yaacob ada membuat pengakuan dimana beliau dan isteri keduanya  Nor Raha Hamad bercerai gara-gara reunion sekolah, namun kali ini bekas isteri keduanya itu tampil menafikan perkara tersebut berdasarkan.

“Selepas saya luahkan hasrat untuk berpisah, dia terus mendiamkan diri selama dua bulan. Sepanjang tempoh itu juga, dia langsung tidak menghubungi saya untuk bertanyakan khabar. Malah saya juga tidak ada menerima apa-apa mesej atau WhatsApp darinya”

“Dia juga langsung tak balik ke rumah ketika itu. Sehinggalah saya betul-betul rasakan sudah tiba masanya dan minta untuk dilepaskan, maka kami berpisah secara rasmi pada 1 September tahun lepas,” katanya dipetik dari Kosmo!

BACA: "Rumah Tangga Saya Runtuh Kerana Reunion Sekolah" — Salih Yakob

Menurut Raha lagi, dia mula berjumpa dengan suami barunya itu selepas dia dan Salih sudah bercerai selain dakwaan yang mengatakan punca penceraian ini mempunyai kaitan dengan reunion mahupun kehadiran orang ketiga.

“Saya memang tidak pernah ada hubungan dengan mana mana lelaki lain sepanjang bergelar isterinya. Soal berkawan dengan lelaki yang kini menjadi suami baharu saya, ia berlaku selepas saya sah bercerai”

“Sepanjang saya masih isterinya yang sah memang tidak ada apa apa hubungan lain. Jadi tidak timbul isu orang ketiga,” jelasnya lagi. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "