Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bapa Kecewa Anak Jadi Mangsa Fitnah, Dituduh Dijangkiti Virus Zika

11 Feb 2016
No Comment

Seorang bapa meluahkan rasa marah dan kecewanya apabila anak kesayangan mereka yang menghidapi microcephaly & Cerebral Palsy (CP) telah menjadi mangsa fitnah media sosial apabila ada beberapa blog memuatnaik artikel anaknya itu terkena jangkita virus Zika.

Bapa berkenaan, Mohd Shahir Kamaruddin menyatakan dia hilang sabar apabila membaca tajuk beberapa blog yang menfitnah anaknya, Adam yang berbunyi "Virus Vika,'Kami Redha Dengan Ketentuan-Nya' sembil menunjukkan Shahir dan isteri sedang mendukung Adam dan "Nursyahidda, Dari Tanjung Malim Lahirkan Anak Virus Zika".


Menurut Shahir, anaknya yang dilahirkan pada 26 Ogos 2013 itu disahkan doktor menghidapi microcephaly & Cerebral Palsy (CP) dan bukannya virus Zika seperti yang dituduh blogger berkenaan.

"Virus Zika tidak memang tidak ada kena mengena langsung dengan Adam, harap pihak blogger-blogger yang menyatakan tajuk isteri saya melahirkan anak dari Zika padam semua kenyataan berkenaan."

"Sehingga kini pihak kementerian tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai virus ini(di Malaysia), jangan terus menyebar fitnah."

"Taju artikel berkenaan perlu diperbetulkan supaya orang tidak salah anggap, hentikan sebelum saya melaporkan kepada pihak berkuasa," tegas Shahir yang ternyata kecewa. - Siakapkeli.my

**Cerebral palsy (CP) adalah istilah yang biasa digunakan untuk menggambarkan sekelompok gangguan yang mempengaruhi gerak, keseimbangan dan postur tubuh disebabkan oleh cedera otak atau kurangnya asupan oksigen ke otak saat proses kelahiran, sehingga mengakibatkan perkembangan abnormal pada kendali otot dan gerakan. - Rujuk SINI
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "