Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Apple Dijangka Lancar iPhone dan iPad Generasi Baharu Pertengahan Bulan Mac

15 Feb 2016
No Comment

NEW YORK: Apple Inc dilaporkan akan memperkenalkan dan memasarkan model iPhone dan iPad generasi baharunya pada 15 Mac ini.

Memetik laporan portal teknologi 9to5Mac, Apple yang dijangka memperkenalkan iPhone terbaru berukuran 4-inci atau turut menerima jolokan sebagai "iPhone 5se", Tablet iPad Air dalam satu majlis pelancaran yang bakal diadakan.

Portal berkenaan bagaimanapun tidak mengeluarkan sebarang tawaran tempahan untuk peranti baharu

Gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS) itu dilihat mencapai tahap tepu bagi permintaan peranti mudah alih pintar popularnya.


Ia adalah susulan pertumbuhan sebanyak 0.4 peratus yang diperoleh bagi penghantaran produk terbabit untuk suku pertama tahun fiskalnya - iaitu pertumbuhan jualan iPhone paling perlahan sejak ia diperkenalkan pada 2007.

Siri model baharu 4-inci iPhone 5se direka khas untuk menggalakkan pengguna serta peminatnya menaik taraf peranti iPhone kepada peranti yang lebih pantas, pilihan alternatif daripada bertukar kepada iPhone 6s dan 6s Plus yang lebih mahal dan skrin lebih besar..

IPhone 5se dilaporkan akan didatangkan dengan cip pemprosesan M9, chip NFC untuk Apple Pay, sokongan "always on'' pengaktifan siri, sistem kamera siri iPhone 6's dan berkeupayaan untuk mengambil gambar "live Photos".


Bagaimanapun, portal berkenaan masih belum dapat menghubungi pihak Apple untuk mengesahkan laporan terbabit. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "