Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

1.5 Juta Warga Bangladesh : Zahid Cabar Belia Ceburi Sektor '3D'

14 Feb 2016

SHAH ALAM: Timbalan Perdana menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi hari ini mencabar belia di negara ini untuk menceburi sektor pekerjaan sukar, kotor dan berbahaya (3D) jika tidak mahu kerajaan membawa masuk pekerja asing baharu.

Zahid berkata, tidak ramai rakyat Malaysia yang mahu bekerja dalam sektor 3D disebalik kritikan hebat yang diterima oleh kerajaan kerana mahu membawa masuk 1.5 juta pekerja asing baharu ke dalam negara.

"Realiti ekonomi perlu dibangunkan dan ia memerlukan tenaga kerja. Kita ada tangga kerja seperti pekerja mahir dan separa mahir.

"Secara idealnya, kita mahu semua tangga kerja itu dipenuhi. Berapa ramai yang sanggup bekerja dalam sektor yang tidak mahu diceburi rakyat kita termasuk bekerja di kilang perabot?

"Industri itu perlukan lebih 160,000 pekerja. Mereka (pengilang) mengadu rakyat Malaysia yang diberi pakej upah dan gaji bagus, tidak tahan dengan tanggungjawab dan dua tiga bulan sudah cabut (berhenti)," katanya sebagaimana lapor BH Online.

"Mereka (majikan) mengadu ambil rakyat Malaysia dengan memberikan gaji minima, caruman pekerja, dan juga bonus, tetapi rakyat Malaysia hanya bertahan sebulan,” kata beliau lagi.

Saya mahu cabar belia ceburi apa sahaja bidang cuci longkang, kutip longkang, kutip buah, dan juga cuci bangunan,” jelasnya lapor FMT. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "