Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Warna Pink Ceriakan Majlis Tandatangan Kontrak Pasukan PQP TRW

15 Jan 2016
One Comment


Kuala Lumpur, 15 Jan : Sebelum ini, berita mengenai penajaan pasukan bola sepak Kelantan menjadi bualan peminat-peminat bola sepak Malaysia.

Seperti sedia maklum, penaja pasukan tersebut, Datuk Seri Dr Hasmiza meletakkan beberapa perkara sebagai syarat untuk menaja kumpulan tersebut termasuklah memasukkan warna merah jambu ke dalam jersi rasmi pasukan Kelantan itu.

Selain itu, antara syarat lain yang dikemukan adalah menamakan kumpulan bola sepak itu dengan nama Pamoga Qu Puteh The Red Warrior (PQP TRW).

Dan hari ini, kesemua syarat-syarat nampaknya bakal menjadi kenyataan apabila satu majlis menandatangani kontrak diadakan di Medan Mara, Bangunan Mara, di sini.

Antara yang hadir di majlis tersebut adalah Datuk Seri Vida, dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan Tan Sri Annuar Musa serta barisan pemain PQP TRW.

Apa yang menarik perhatian di dalam majlis itu adalah warna pink yang boleh dilihat menceriakan majlis tersebut termasuklah pada pakaian yang dipakai oleh ahli pasukan PQP TRW.

Datuk Seri Vida memberikan tajaan RM16 juta kepada pasukan Kelantan untuk dua musim bagi saingan Liga Super Malaysia. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "