Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Walaupun Nike Keluarkan Jersi Pink, Saya Tetap Tolak" - Datuk Vida

19 Jan 2016
No Comment


PETALING JAYA, 19 Jan: "Walaupun Nike keluarkan jersi warna pink, saya tetap tolak."

Itu tegas penaja utama pasukan QPQ TRW ketika ditanya adakah beliau akan mempertimbangkan jersi merah jambu yang dihasilkan oleh pengeluar barangan sukan, Nike.

Difahamkan Nike masih lagi mempunyai kontrak selama setahun dengan pasukan bola sepak Kelantan.

Datuk Vida berkata beliau tidak mahu pasukan yang ditaja olehnya itu terikat dengan mana-mana pengeluar barangan sukan lain.

"Saya akan terus berjuang bagi memastikan jersi utama The Red Warriors (TRW) berwana pink. Kalau boleh nak buang terus simbol Nike tu, tidak adil bagi saya sebagai penaja utama," katanya sebagaimana lapor mStar Online.

Menurut Vida, dia telah memperuntukkan bajet sebanyak RM4 juta untuk kempen promosi skuad tersebut untuk musim ini.

"Saya dah bayar RM4 juta untuk Airtime Management Programming (AMP), jadi tak adil bagi saya jika ada pihak yang dapat promosi percuma disebabkan hanya taja jersi TRW," katanya kepada mStar Online.

"Saya tak peduli, Nike ke Adidas ke yang penting mereka kena selesaikan warna jersi ini. Saya kena dapatkan hak saya sebagai penaja utama," katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "