Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Serpihan Dihantar ke Bangkok - RTAF

25 Jan 2016
No Comment


BANGKOK: Serpihan yang dipercayai dari pesawat yang ditemui di pantai Nakhon Si Thammarat pada Ahad telah dibawa ke Bangkok hari ini untuk dianalisis lebih lanjut oleh pakar-pakar penerbangan negara tersebut.

Perkara itu disahkan oleh jurucakap Tentera Udara Diraja Thailand (RTAF), Naib Marsyal Udara Porngsak Semachai yang berkata serpihan itu akan sampai di pangkalan udara Dong Muchang pada 5 petang.

"Serpihan itu akan disimpan di pangkalan udara Dong Mueng untuk membolehkan pakar-pakar membuat pemeriksaan selanjutnya," katanya sebagaimana lapor Bernama.

Serpihan terbabit ditemui oleh beberapa orang nelayan dalam keadaan terdampar di pantai Pa Thya di Nakhorn Si Thammarat.

Penemuan itu telah menimbulkan spekulasi bahawa ianya dari pesawat MH370 yang hilang semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "