Seorang Anak Sanggup Menyamar Jadi Polis Untuk Elak Bapa Kunjungi Rumah Pelacuran
Gara-gara bimbang dengan perangai bapanya yang kerap berkunjung ke rumah pelacuran, seorang lelaki sanggup menyamar sebagai seorang anggota polis untuk menyekat perbuatan tidak bermoral itu.
Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Guo, 21 dan berasal dari Jiangsu memperolehi uniform pasukan SWAT yang dibelinya daripada Internet.
Bukan itu sahaja, Guo yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu turut membeli gari mainan, baton elektrik palsu dan pistol plastik.
Niatnya untuk menakutkan bapanya dari mengunjungi rumah pelacuran dan dalam masa sama membuatkan pelacur takut menawarkan khidmat seks bagaimanapun bertukar sebaliknya apabila Guo ditangkap polis selepas seorang lelaki memuat laporan polis tentang tindakannya. -Siakapkeli.my