Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Petronas Dilaporkan Rancang Akan Buang Pekerja Kerana Berdepan Kelemahan Pasaran Minyak

21 Jan 2016
No Comment

KUALA LUMPUR: Syarikat minyak negara, Petronas dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk membuang pekerjanya sebagai salah satu pilihan untuk berdepan dengan tekanan kelemahan harga minyak

Memetik laporan The Malaysian Reserve, syarikat minyak tersebut melalui pengurusannya sedang mempertimbangkan penawaran Skim Pemisahan Sukarela (VSS) kepada tenaga kerja tetap.

Pada Selasa lalu, portal The Wall Street Journal telah melaporkan bahawa syarikat minyak gergasi Malaysia berkenaan sedang merancang memotong RM50 bilion perbelanjaan modal dan operasi dalam tempoh 4 tahun.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Petronas mengesahkan telah mengedarkan risalah komunikasi dalaman berkaitan pemotongan perbelanjaan tersebut namun tidak berkongsi perincian memo.

Pada Februari 2015, Petronas mengumumkan akan memotong 15 peratus perbelanjaan modal bagi 2016. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "