KEMASKINI: Laporan Penuh & Penceritaan Kejadian Kes Pelajar Putus Kaki Kemalangan Siang Tadi
SABAK BERNAM: Malang bagi seorang pelajar perempuan dari sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bagan Terap di sini kerana terlibat dalam kemalangan sehingga kedua-dua belah kakinya putus setelah digilis oleh sebuah lori kira-kira petang tadi di Parit 16, Sungai Panjang.
Mangsa dikatakan bersama adiknya menaiki sebuah motosikal dalam perjalanan pulang kerumah dipercayai bergengsel dengan sebuah kereta kira-kira jam 3.30 petang.
Mangsa lalu terjatuh ke tengah jalan dan tidak sempat untuk bangun lalu digilis oleh sebuah lori dipercayai dengan muatan tanah.
Difahamkan pemandu kereta dan lori terbabit melarikan diri selepas kejadian, namun beberapa keping gambar mula viral di media sosial kononnya pemandu lori tersebut sudah ke balai untuk membuat laporan.
Gambar yang tersebar di media sosial yang kononnya pemandu lori sudah tampil membuat laporan |
Mangsa bagaimanapun telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ), Sabak Bernam untuk rawatan lanjut.