Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Nouvelles Visages Dihubungi Dua Pasukan Bola Sepak Untuk Dapatkan Tajaan

17 Jan 2016




Selepas menyatakan minatnya untuk bekerjasama dengan salah satu pasukan bola sepak, Pengarah Urusan Nouvelles Visages (NV), Erni Dekritawati Yuliana Buhari memberitahu beliau dihubungi oleh dua pasukan bola sepak Liga Super untuk mendapatkan penajaan.

Namun setakat ini belum ada perbincangan diadakan di antara pihaknya dan pasukan bola sepak tersebut.

"Setakat ini, belum ada apa-apa rundingan lebih serius dibuat tetapi tidak menolak mengatakan ada dua pasukan yang sudah menghubungi saya.

"Bagaimanapun, di pihak saya masih lagi meneliti dan mendapatkan respons daripada mereka yang pakar kerana ini bukan sekadar tajaan sahaja tetapi melibatkan kerjasama dalam pembangunan bola sepak khususnya pasukan itu. Saya akui penajaan ini merupakan sesuatu yang baru buat saya," demikian dilaporkan mStar.

Rita juga enggan mendedahkan butiran dua pasukan bola sepak berkenaan, namun menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dalam tempoh yang panjang jika perjanjian dimeterai, memandangkan akan memberi kelebihan kepada kedua-dua pihak.

"Apa pun saya mengucapkan terima kasih kepada cadangan dan sokongan peminat-peminat bola sepak yang menyambut baik hasrat saya untuk menjalinkan kerjasama dalam arena sukan nombor satu di negara ini," ujar Rita. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "