Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ditangkap, Diikat Pada Pokok Selepas Curi Coli

7 Jan 2016


Sungai Petani: Seorang lelaki berusia 20-an ditangkap oleh penduduk Kampung Sungai Muda, Kota Kuala Muda, Sungai Petani di sini pada petang semalam sebelum diikat di sebatang pokok selepas dia dikatakan mencuri coli dan seluar dalam wanita.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, lelaki terbabit dikatakan sedang leka mencuri coli dan seluar dalam wanita di beberapa rumah penduduk.

Seorang penduduk, Ahmad Kamil Mihamad, 40 berkata, perkara tersebut disedari oleh beberapa isteri nelayan yang curiga melihat suspek memasuki ke dalam rumah penduduk sebelum dia keluar membawa coli dan seluar dalam.

Mereka kemudiannya memaklumkan kepada penduduk tentang apa yang berlaku sebelum lelaki itu ditangkap.

Ketika ditahan, penduduk terkejut apabila menemui sejumlah coli dan seluar milik penduduk di dalam baldi yang dibawa oleh lelaki itu.

"Lelaki yang berasal dari Semeling itu kemudian diikat pada sebatang pokok sebelum ditahan polis yang tiba tidak lama kemudian.

Bagaimanapun, penduduk tidak membuat sebarang laporan polis dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan,” katanya sebagai mana lapor myMetro.


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "