Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Cukup-Cukuplah Sebarkan Aib Dan Malukan Keluarga Kami, Rayu Bapa

4 Jan 2016
No Comment

“Cukuplah dengan apa yang berlaku, sebagai bapa, saya memohon kepada pihak berkenaan supaya menghentikan penyebaran video parodi terbabit.

“Mungkin mereka yang merakamkan video berkenaan masih belum berkahwin atau memiliki anak.

“Apabila tiba masa kelak, saya percaya mereka pasti faham betapa sukarnya (mendidik zuriat),” itulah kata-kata bapa kepada Nur Amirah yang ceritanya menjadi viral di laman sosial baru-baru ini.

Memetik laporan Harian Metro, Abdul Majid Landu, 40, dia kini redha dengan dugaan yang dietiman keluarganya dan berharap masyarakat tidak terus menunding jari dan mencemuh keluarganya.

“Mungkin hari ini hari saya (diduga). Namun, sebagai bapa dan bagi pihak Nur Amirah Atirah sendiri, saya memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia.

“Hentikanlah segala bentuk penyebaran tidak kira rakaman audio mahupun video parodi. Sudah-sudahlah menyebarkan aibkan keluarga kami,” katanya sebak.

Abdul Majid juga memberitahu yang beliau kini menerima apa sahaja yang berlaku dan menganggap kejadian ini adalah sebagai satu iktibar terbaik kepada keluarganya.

“Baik atau buruk, Nur Amirah tetap anak saya. Begitupun, saya harap apa yang berlaku kepada keluarga kami ini dapat menjadi teladan terbaik buat semua,” katanya.

Sebelum ini, tersebar dilaman sosial sebuah rakaman suara kononnya suara Amirah dan kakak angkatnya yang seolah-olah diculik kawasan perumahan di Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang.

Selepas semua terjawab dan beliau ditemui selamat dan hanya rekaan semata-mata membuatkan ramai netizen marah kerana mereka dikatakan merasa tertipu.

Kerana itu, pelbagai video parodi timbul dan pelbagai versi mula dihasilkan dan kini menjadi viral di laman sosial sebagai bahan jenaka. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "