Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bayi Lapan Bulan Maut Dalam Kemalangan Babitkan Lori dan Enam Kenderaan

16 Jan 2016
Gambar kecil : Gambar ayah Nur Muhris Anas Anuar memangku adik Nur Muhris yang viral di media sosial.
JOHOR BAHRU, 16 Jan: Seorang bayi lelaki 8 bulan dilaporkan maut manakala bapanya pula cedera dalam satu kemalangan yang melibatkan enam kenderaan di Kilometer 55.8 Jalan Mersing-Batu Pahat, Kluang dalam satu kejadian yang berlaku pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Mohamad Laham, bayi tersebut, Nur Muhris Anas Anuar meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kluang akibat cedera parah.

Bapanya pula, Anuar Geman@Wagiman, 36, cedera ringan manakala pemandu-pemandu kenderaan lain yang terlibat selamat.

Mohamad Laham berkata, kejadian kira-kira 11.50 pagi itu berlaku apabila sebuah lori tanpa muatan yang dipandu oleh seorang lelaki tempatan menglami masalah brek lalu hilang kawalan sebelum melanggar belakang kereta Toyota Vios dan mengelak ke kiri jalan.

Lori terbabit kemudian terbabas kekiri jalan dan melanggar pula kereta yang dinaiki oleh Nur Muhris dan bapa yang secara kebetulan ketika itu berhenti di bahu jalan, sebelum melanggar tiga lain kenderaan lain yang diletakkan di hadapan sebuah kedai perkakasan rumah.

"Akibat pelanggaran itu, Nur Muhris tersepit dalam kereta dan cedera parah. Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kluang tetapi meninggal dunia ketika dalam perjalanan," katanya sebagaimana lapor Bernama.

Menurut Mohamad Laham lagi, pemandu lori terbabit, yang berusia 33 tahun telah ditahan dan akan direman esok kerana cuai mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan. - Siakapkeli.my






Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "