KUALA LUMPUR: Anakanda kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Mukriz ibni al-Marhum Tuanku Munawir, Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin mangkat jam 11.55 pagi ini.
Kemangkatan Tuanku Alif ini disahkan oleh setiausaha Kerajana Negeri Sembilan di mana menyebut Almarhum menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, di sini.
"Jenazah Almarhum akan dibawa ke Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah untuk urusan pemakaman pada hari ini yang akan diadakan secara tertutup untuk kehadiran kerabat terdekat sahaja. Alfatihah," menurut kenyataan itu dipetik laporan Berita Harian.
Tunku Alif adalah anak ketiga Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani. - Siakapkeli.my