KUALA LUMPUR: Anak kepada pelakon Azmil Mustapha yang terkenal era 80an, Syamira, mengesahkan yang ayahnya kini sedang tenat dirawat di hospital Putrajaya akibat sakit jantung.
Memetik laporan Berita Harian, Syamira mengatakan doktor telah memaklumkan keadaan ayahnya kini sedang kritikal.
Pengesahan Syamira itu sekaligus menjawab status di laman Facebook bapa saudaranya yang memuatnaik status mengenai kesihatan Azmil yang popular era 80an itu.
Hari ini, netizen dikejutkan dengan penyebaran status Facebook adik Azmil yang dikenali sebagai Aziph yang mendakwa abang sulungnya itu dimasukkan ke Unit Rawatan Kardiac, Hospital Putrajaya, sejak semalam kerana sakit jantung.
Aziph mendakwa ketika ini, abangnya masih tidak stabil.
"Pada awalnya, keadaan abang okay sehinggalah jam 4 petang semalam dia mula mengadu sakit di bahagian dada. Doktor juga tak dapat mengesahkan sama ada dia kena serangan jantung.
"Pihak hospital akan berusaha sehabis baik untuk mengubatinya," katanya dalam status itu.
Ketika zaman kegemilangannya. Azmil membintangi banyak filem box office seperti Mekanik, Ali Setan dan Suara Kekasih. - Siakapkeli.my
Early yesterday morning 14 Jan 2016, my eldest brother Hj Mohd Azmil Mustapha (Abang) was admitted to the Cardiac Care...
Posted by Aziph Mustapha on Thursday, January 14, 2016