Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Yus Baru Sahaja Beritahu Hasrat Dia Hendak Berkahwin Dan Telah Kumpul Duit" - Abang

1 Dis 2015
No Comment

"Dia baru sahaja menyatakan hasrat untuk berkahwin ketika kami bertemu dua minggu lalu semasa dia pulang ke kampung," itulah kata-kata abang kepada Allahyarham Yussry Edoo, 39, atau lebih dikenali dengan nama Pak Yus atau juga Yus Jambu di kalangan peminat.

Menurut Jaafar Edoo, 53, lagi, Yus juga telah memberitahunya yang dia telah mengumpul duit untuk melangsungkan perkahwinan tetapi belum mendedahkan siapakah gerangan wanita yang berjaya memiliki hatinya.

“Selain itu arwah juga pernah merancang untuk membina rumah di kampung ini. Saya rasa terkilan hasratnya itu belum tercapai, bagaimanapun Tuhan lebih menyayanginya.” 

"Yus tidak pernah melupakan kampung halamannya malah sering tidur di rumah saudara mara termasuk rumah rakan-rakan sekampungnya apabila pulang."

“Yus selalu membantu saya malah jika saudara mara lain dalam kesusahan dialah yang banyak membantu,” katanya Jaafar ketika ditemui oleh wartawa Sinar Harian di pekarangan Masjid Nurul Iman.

Sementara itu, turut hadia di hari pengebumuan adalah Angah Raja Lawak, menurut Angah, sepanjang mengenali Yus sejak penyertaan mereka dalam pertandingan Raja Lawak 2007, Yus tidak pernah mengadu sakit.

Katanya Yus seorang yang pendiam namun memberi komitmen apabila berada di atas pentas atau semasa di set penggambaran.

“Dia juga tidak berkira soal wang ringgit malah selalu berkongsi hasil kerjanya dengan rakan-rakan lain, cuma apabila pernah diserang sesak nafas awal tahun lalu, dia sering menasihati saya supaya menjaga makan.

“Terlalu banyak kenangan saya bersama Yus, malah saya pernah tinggal serumah dengannya, baru-baru ini juga arwah ada mencadangkan supaya saya menerbitkan silent komedi, tetapi itu masih di peringkat cadangan, tak sangka sahabat saya ini akan pergi dulu ”ujarnya.

Jenazah Allahyarham Yussry Edoo telah selamat dikebumikan kira-kira jam 2.45 petang semalam, di tanah perkuburan Islam Masjid Nurul Iman, Kampung Nesam, Bintong.

Ribuan peminat termasuk saudara mara, rakan artis turut melawat dan mengiringi jenazah ke tanah perkuburan tersebut.

Antara rakan artis yang kelihatan ialah Angah, Tauke (Jambu), Achey dan Abam (Bocey) Khairi Safwan, Ajak (Shiro), Roy Azman, R2 dan beberapa lagi artis Raja Lawak. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "