Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

JKM Jumpa RMRM7,377 Dan Barang Kemas Dalam Beg Tangan Penggemis

1 Dis 2015
No Comment

JOHOR BAHRU: Seorang penggemis wanita warga Indonesia yang ditahan dalam Operasi Peminta Sedekah dan Kutu Rayau semalam mengejutkan pihak penguatkuasa apabila mereka menemui wang sejumlah RM7,377  dan barang kemas di dalam beg tangan penggemis berkenaan.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor Bahru, Manayi Ibrahim berkata, wanita warga Indonesia berusia 57 tahun berkenaan adalah antara enam yang ditahan hasil Operasi Peminta Sedekah dan Kutu Rayau di sekitar bandar raya ini dan Pasar Malam Larkin, di sini, malam kelmarin.

Keitka ditahan, dia mendakwa hanya menjula tisu di jenjantas menghubungkan sebuah pusat membeli-belah dengan JB Sentral bagaimanapun perbuatannya menjurus kepada kesalahan meminta sedekah.

“Dia turut meletakkan bekas berisi wang syiling yang menjurus kepada perbuatan meminta sedekah ketika menjual tisu. Wanita itu mendakwa dia terpaksa menjaja untuk mendapatkan wang disebabkan kesempitan hidup.

“Paling mengejutkan, kami berjaya menjumpai wang tunai mata wang Indonesia yang dianggarkan berjumlah RM7,377 selain barang kemas di dalam beg yang dibawa. Jadi kami percaya alasan kesempitan hidup diberikan hanya helah untuk melepaskan diri,” katanya dipetik Sinar Harian.

Dalam operasi yang sama, pihak JKM Johor turut menahan seorang wanita Rohingya berumur 27 tahun kerana meminta sedekah dengan membawa dua anak kecil berumur tujuh bulan dan tiga tahun di percayai untuk meraih simpati.

Hasil siasatan yang dilakukan, wanita itu mengakui mengalami masalah kewangan dan tiada pilihan sehingga terpaksa mengemis kerana tidak mempunyai pekerjaan.

Ketika ditahan, dia hanya berjaya memperoleh sekitar RM5 hasil pemberian orang ramai.

Dalam operasi berkenaan kita turut menahan dua lelaki tempatan kerana mengemis. Semua yang ditahan berumur tujuh bulan hingga 61 tahun dibawa ke Rumah Seri Kenangan (RSK), di sini, untuk tindakan lanjut,” katanya.

Katanya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 3 (2) Akta Orang Papa 1977. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "