Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tolak Lamaran Kahwin Kerana Cincin "Tak Tepati Janji"

22 Dis 2015
No Comment

Tidak salah jika dikatakan lelaki ini sebenarnya 'terselamat' apabila teman wanitanya menolak lamaran untuk berkahwin.

Dengan semangat yang jitu dan tahap konfiden yang tinggi, lelaki berkenaan telah memanggil ramai orang untuk menyaksikan detik bersejarah di dalam hidupnya.

Lebih dari itu, lelaki tersebut juga turut menyajikan acara tarian dan menyuruh seseorang meyampaikan bunga kepada teman wanitanya untuk 'mendramakan' lagi upacara itu yang dilakukan di Chengdu, barat daya China.



Kemudian, lelaki berkenaan melutut dengan memegang kotak cincin dan berjaya membuat kekasihnya menangis. Namun, itu hanya sementara sehinggalah saat kotak cincin itu dibuka.

Setelah teman wanita lelaki itu memeriksa berlian satu karat yang dijanjikan oleh lelaki berkenaan, dia berpaling dan meninggalkan lelaki tersebut.

Setelah ditinggalkan, beberapa siri mesej teman wanita lelaki itu tersebar.

Teman wanita lelaki itu berkata "Sebelum ini kami setuju dengan cincin berlian satu karat. Kenapa kecil sangat?"

"Adakah kerana dia cuai atau dia tak kisah?", tulis mesej tersebut sebagaimana memetik Metro.co.uk - Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "