Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Shah Rukh Khan 'Tak Ambil Kisah' Ulasan Negatif Terhadap Dilwale

24 Dis 2015





Mengakui gembira dengan sambutan luar biasa terhadap lakonannya bersama Kajol menerusi filem Dilwale, aktor Bollywood Shah Rukh Khan bagaimanapun memberitahu tidak membaca sebarang komen buruk dan negatif terhadap lakonannya.

"Filem popular biasanya mempunyai logik tersendiri iaitu ia akan menjadi box-office dipuji dan pada masa sama mendapat kritikan buruk daripada pengkritik filem.

"Bagaimanapun, saya tidak membaca sebarang ulasan kerana saya tahu peminat akan tetap sukakan filem tersebut," ujar pelakon itu.

Gandingan kedua-dua pelakon hebat itu ditunggu-tunggu rata-rata peminat filem Bollywood, sementelah beberapa filem yang membabitkan mereka mencetuskan fenomena yang tersendiri.

Namun Dilwale yang mula ditayangkan pertengahan bulan ini menerima beberapa kritikan kononnya tidak mencapai bayangan peminat. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "