Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Anak Mangsa Nahas Bas Di Chiang Mai Salahkan Diri Kerana Biaya Kos Percutian Ibunya

24 Dis 2015




BATU PAHAT: Hanya kerana menanggung kos percutian ibu dan bapanya ke Chiang Mai baru-baru ini, seorang wanita tidak henti-henti menyalahkan dirinya sendiri kerana 'menyebabkan' ibunya maut dalam nahas bas, baru-baru ini.

Teo Shih Theng, 28, anak perempuan kepada Ong Chui Hoe, 53, antara 13 mangsa yang maut dalam kemalangan itu meraung di sisi jasad ibunya yang telah dibawa pulang ke tanah air, pada semalam.

Hal itu diceritakan anak sulung Chui Koe, Teo Hui Shih, 30.

"Dia asyik kesal dengan keputusannya untuk menghantar ibu bapa kami bercuti walaupun ibu telah menasihatkannya untuk tidak membazirkan wang.

"Dia (Shih Theng) merasakan bahawa jika dia tidak menghantar ibu bapa kami untuk lawatan itu, ibu masih hidup," katanya memetik mStar.

Bapa mereka, Teo Tien Chor bagaimanapun terselamat dalam kemalangan itu, namun masih dirawat di sebuah hospital di Thailand.

Shih Theng yang masih gagal menerima hakikat ketiadaan ibunya dilihat menangis teresak-esak sambil berjanji mahu menjaga bapanya sebaik mungkin.

"Ma...Ma...jangan bimbang, saya akan tolong jaga Papa, jangan bimbang," katanya sambil menangis teresak-esak di hadapan jasad ibunya di rumah mereka di Parit Haji Sidek di sini, Rabu.

"Saya ni, Shih Theng, anak perempuan kamu yang sayangkan kamu. Walaupun kamu kini berada di syurga, saya akan terus menjaga Papa, jangan bimbang.

"Saya akan terus mencurahkan kasih sayang dan semangat kamu, saya tidak akan biarkan kamu kecewa," ujarnya.

Lawatan Chui Hoe ke Chiang Mai adalah bersama kakaknya, Ong Chai Hong dan suami masing-masing, bagaimanapun kedua-dua beradik itu maut, manakala suami mereka cedera dan masih dirawat. -Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "