Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Caj GST Jika Tambah Nilai Touch 'n Go Melalui Ejen-ejen Tertentu Sahaja

24 Dis 2015




KUALA LUMPUR: Selepas tersebar gambar yang memaparkan notis Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan dikenakan terhadap amaun tambah nilai Touch 'n Go pada 1 Januari depan, syarikat itu tampil dalam satu kenyataan memperbetulkan salah faham di kalangan pengguna.

Ujarnya, caj enam peratus itu akan dikenakan ke atas caj perkhidmatan tambah nilai oleh ejen-ejen Touch 'n Go tertentu.

"Kami ingin memaklumkan bahawa GST tidak dikenakan ke atas amaun tambah nilai.

"Walau bagaimanapun, GST dikenakan ke atas RM0.50 caj perkhidmatan tambah nilai oleh ejen seperti peniaga runcit, stesen minyak atau pihak bank yang terlibat (untuk tambah nilai automatik kad Zing & tambah nilai di ATM & CDM)," demikian memetik sebahagian kenyataan tersebut.

Caj tambah nilai akan dikenakan di seluruh 7-Eleven Malaysia di Semenanjung Malaysia, semua Pasaraya Besar Giant Malaysia dan Mydin Mohamed Holdings Bhd, semua myNEWS.com, kedai 99 Speedmart terpilih, stesen minyak (BHP, Caltex, Petron, Petronas dan Shell), ATM dan CDM (Ambank, Bank Muamalat, Maybank dan RHB) serta peniaga runcit atau ejen yang sah.

Bagaimanapun tiada caj dikenakan terhadap tambah nilai sekiranya pengguna membuat tambah nilai di Hab Touch 'n Go, Touch ‘n Go SPOT, lorong tambah nilai di plaza tol, semua stor Tesco Malaysia, semua kedai serbaneka di Watsons Malaysia, KK Super Mart, Guardian Malaysia, stesen minyak Petronas terpilih, Kiosk Layan Diri (SSK), ATM dan CDM (CIMB sahaja).

Memetik mStar, perunding khidmat pelanggan Touch 'n Go Careline, Azry Hashim memaklumkan pengguna perlu membayar RM0.53 untuk setiap tambah nilai.

Sebelum ini ramai pengguna meluahkan rasa tidak puas hati dengan pengumuman caj GST selepas notis itu mula diviralkan di laman-laman sosial semalam. -Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "