Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Seniwati Momo Latiff Meninggal Dunia

12 Dis 2015
No Comment

SINGAPURA: Pasti ramai yang kenal dengan watak isteri kepada pendekar Mustar dalam cerita Pendekar Bujang Lapok arahan Tan Sri P. Ramlee.

Dimaklumkan, seniwati Marfuah Bte Makarim,93, yang lebih dikenali sebagai Momo Latiff telah meninggal dunia selepas koma kerana darah tinggi.

Jenaza Allahyarham selamat dikebumikan di kawasan Pusara Abadi, You Chu Kang selepas Solat Jumaat di Masjid Ahmad Ibrahim di sini.

Allahyarhamah disahkan meninggal dunia di rumah anaknya di Woodlands, pada pukul 5.50 petang Khamis di sisi 10 anak dan cucunya selepas baharu dibawa pulang dari Hospital Khoo Teck Puat di Yishun Central.

Menurut carita anak Allahyarham, Kamaliah Latiff, mengesahkan ibunya itu meninggal setelah mengalami koma akibat darah tinggi.

“Dia mula berada dalam keadaan koma kerana darah tinggi terlalu tinggi menyebabkan urat besar di bahagian otak pecah. Semua berlaku terlalu pantas selepas solat Maghrib pada Rabu, dia tidak dapat mengimbangi diri.

“Ibu jatuh timpa saya masa cuba berdiri, mujur saya sempat peluk dia,” cerita Kamaliah sebak tentang saat-saat akhir legenda bangsawan itu, namun bersyukur kesemua anak dan cucu hadir ketika allahyarhamah meninggal.


Allahyarhamah yang dilahirkan pada tahun 1923, merupakan seorang penyanyi dan pelakon filem Melayu era dekad 1930-an hingga 1970-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di stesen radio Malaysia dan Singapura.

Antara filem lakonannya termasuk Topeng Shaitan, Musang Berjanggut dan paling diingati Pendekar Bujang Lapok apabila beliau memainkan watak sebagai isteri kepada Pendekar Mustar di kampung Pinang Sebatang. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "